Friday, June 26, 2009

Fauzi diMenangi dan diBerkati..insyaAllah

Istihar ! Tepat ! Tahniah Tuan Guru !
Satu suasana baru di Kelantan. Nama Mohd Fauzi anak jantan Tok Ayah Abdullah muncul dipersada bumi berkat ini setelah malam tadi beliau diumumkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am Pas, Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat (TGNA) sebagai calun Pas di pilihan raya kecil Manik Urai.
Tengah Gagah
Fauzi 50 tahun, "tengah gagah", boleh menjadi wakil rakyat (insyaAllah) DUN Manik Urai menggantikan Allahyarham Pak Su Haji Will. Kegagahan umur 50 tahun disertai dengan keikhlasan, faham Islam dan perjuangan Pas boleh jaga 12 ribu lebih pengundinya. Tambahan pula beliau adalah seorang yang teguh ekonomi sebagai "tokey ikan" di Pasar Besar Kuala Krai. Keteguhan ekonominya bukan bermula dengan "projek mee segera", bukan dengan "projek kroni", bukan dengan "projek cable BN", tetapi keteguhan ekonominya bermula dari bawah sehinggalah hari ini menjadi seorang pemborong ikan (tokey ikan). Orang "tengah gagah" boleh buat gapapun, kata orang tua. "Nak bini 4 pun boleh". InsyaAllah boleh kerja kuat untuk memenangkan Manik Urai.
Keteguhan
Ini adalah sebahagian keteguhannya. Sebahagian wakil rakyat, samada dari UMNO atau Pas, (terutama dari Pas) antara yang merosakkan kredebiliti seorang yang bergelar YB ialah persoalan ekonomi. Sebelum jadi YB, kadang-kadang YB tersebut berlatarbelakangkan seorang yang "lemah ekonominya". Bila jadi YB jadi "tak de" kata bahasa Kelantan. Dengan gaji dan elaun YB itu semuannya nak dibuat, ....anak bini, waris warah, sahabat handai, pengikut, pengundi, ore atas pagar dan musuh..."mana de". Hasil dari "tak de" inilah kalau YB tersebut ditambah dengan tak faham Islam dan perjuangan Pas maka dirinya akan punah, rosak, jadi liar, hilang pengaruh "jadi ular air". Bila makan tak cukup, nak urus rakyat tak cukup, ... mula punahlah seorang YB.
Kerja YB
Kerjanya bukan jadi YB jaga rakyat tapi jadi YB cari rezeki dengan menggunakan jawatan yang diberikan rakyat. Akhirnya, orang kata,... "tak cara rakyat lani, sibuk cara ko poket dia, jadi liar dengan rakyat...tambah-tambah lagi kalau ada isu...isu...isu..." Harap-harap dengan bahasa ringkas ini boleh difahami.
Kekuatan
Tidaklah bermaksud bahawa bakal YB mesti dari golongan orang yang teguh ekonominya tetapi ini salah satu elemen atau ciri-ciri yang perlu diambil kira. Perkara yang paling besarnya ialah (sudah disebut kali ketiga) ialah kefahaman tentang Islam dan perjuangan Pas dan nak tambah satu lagi yang paling penting iaitu kerohanian dan keimanan dengan Allah s.w.t. Juga pemilihan beliau bukan kerana ekonominya, tapi kerana jiwa rakyatnya.
Kerohanian
Kalau tidak dengan kerohanian dalam hati sanubari dan berjiwa yang bersih dengan kefahaman Islam dan perjuangan Pas seseorang wakil rakyat itu akan gugur jika "ada soseh" seperti tahun-tahun 2004 sebelum 2008 dimana ada YB yang dirawarkan dengan jutaan ringgit Malaysia.
Kepercayaan
Kita lihat, sejak khamis (24 Jun) wajahnya dalam akhbar Harakah sudah menimbulkan kepercayaan kepada "Uji Tokey Ike", panggilan ramai rakyat Kuala Krai kepadanya. Penampilan beliau dengan "serban brown" adalah "masuk sare" atau "makan siku" dan "sede molek" dengan beliau sebagai tokey ikan yang ikut Tok Guru. Kemudian bila tengok dimuka depan Sinar Harian hari ini, tambah keyakinan dan kepercayaan, "boleh harap" bila beliau tampil dengan "serban putih" pula, senyum mesra, berjanggut nipis dan bertahi lalat manis serta ada tanda-tanda sujud.
Sebenar
Harapnya "percaya" dan "boleh harap" ini membuahkan hasil. Ada orang-orang tua kita di Kelantan selalu kata, "percaya tapi tak boleh harap". Harapnya pada Uji ni "percaya dan boleh harap". Harapnya Ji ni jadi YB contoh, melebihi Allahyarham Pak Su Will. Allahyarham Pak su Will tak ada gambarnya yang pakai serban, mungkin !
Fauzi diMenangkan
Fauzi dimenangkan oleh Allah s.w.t. "InsyaAllahu ta'ala". Di Manik Urai, masalahnya siapa nak ganti Allahyarham Pak Su Haji Will kini terjawab sudah. Orang yang nak ganti Allahyarham adalah orang yang ada kesamaan dengan ciri-ciri Pak Su Will bagi orang Manik Urai. Orang Manik Urai tak perlukan seorang Ustaz yang bertitle Dr. atau Prof. yang pakar dengan kertas kerjanya. Juga tak perlukan seorang tokoh korporat yang berbaju koprat berkupiah tajam Bukit Mertajam. Fauzi, Allah s.w.t. akan menangkannya. Allah s.w.t. sediakan Fauzi untuk Manik Urai. Yakinlah.
Berjiwa rakyat
Orang Manik Urai perlu kepada seorang yang berjiwa rakyat. Makan, minum, kira cara, budi bahasa orang Manik Urai. Kalau Uji tak boleh buat seperti Allahyarham tak mengapa. Uji gaya Uji. Pak Su gaya Pak Su. Pak Su dulu pernah "lakunkan". (lakunan orang politik ikhlas, bukan seperti lakunan pelakun TV dan P.Ramli...itu semua maksiat)...Lakunan asli Pak su Will, "nanak weh...ambil ikan kering, budu dalam kereta tu, amba nak makan nasi". Rakyat Manik Urai begitu. Uji pernah minum teh / kopi bersama bauan busuk ikan ...itu jiwanya. Sama dengan Pak Su Wil. Kini beliau boleh lebih dari Pak Su Will. Uji mungkin "berutuk-rutuk boleh jadi tok syeh ngatib !?"...dan "berutuk-rutuk boleh jadi Tok Imam !?" Cuba-cuba tanyalah orang Krai. Harap-harapnya YB Uji nanti boleh bagi tazkirah di Manik Urai.
Hakikat Manik Urai
Manik Urai tak perlukan hospital canggih, staduim (serupa stadium runtuh tu)...tak perlu, juga tak perlu hotel, pasaraya Mydin disitu. Semuanya benda begitu kena ada di Kuala Krai. Kenapa tak buat yang besar-besar di Kuala Krai ?. Orang Kuala Krai pernah beri kepada orang kaya "Datuk" untuk memerintah Kuala Krai tahun 2004. Tapi tak jadi apa...ada cerita pulak ! "gege sebutir Kelate" Orang UMNO tak usah cakap besar di Manik Urai. Kalau Pak Su Will boleh bawa ikan kering, Uji boleh bawa ikan segar.... Jangan buat gitu, Uji kena jadi "YB tokey ikan contoh". Orang Manik Urai dah selesai...ada pengganti Pak Su Haji Will !!.... Isu Manik Urai adalah isu, "harga getah turun"....Ini kena tanya kerajaan BN. Jangan tanya kerajaan Kelantan. Isu Manik Urainya ialah "Kos pengajian tinggi", pun kena tanya Kerajaan BN. Yang lain sama dengan tempat lain juga. Orang Manik Urai kena faham ISA, isu ketelusan kehakiman, rasuah, keadilan dan lain-lain....Itu kena tanya kerajaan BN seperti mana orang negeri-negeri lain jua !
Masa depan
Ambo tak banyak cakap kempen untuk Manik Urai tapi amba cakap tentang harapan Pas dan orang Pas di Manik Urai kepada bakal YB Uji. Soal kempen beri kepada orang lain sebab amba yakin, "insyaAllah" beliau boleh menang dengan mudah di Manik Urai. Pilihan Tuan Guru adalah tepat, kita sama-sama beri kepercayaan tinggi tak berbelah bagi kepada Tuan Guru kita, jangan buat perangai dan jangan buat onar. Jadi orang cerdik dan berkefahaman serta berkerohanian
Pak Pi diBerkati
Orang yang baru kenal pagi ini. Beliau baru balik dari Manik Urai. Malam tadi beliau kata, "pukul 2, 3 pagi baru selesai.....jem". Banyak beliau mengulas tentang Manik Urai. Tak ada kena mengena dengan kempen "undilah Pas" di Manik Urai. Beliau belanja amba hari ini di Kedai Makan Merbau Condong, kedai abe Haji Soh dekat Kem Bukit Cina. Banyak beliau kena bayar, amba makan nasi kerabu berlauk ikan goreng=RM 4 + "mai secawan" kopi Radix kosong RM 1.50 dan anak amba makan telur masak separuh dua butir=RM 1 pun dibayar, "terima kasih, kita panjangkan persahabatan...insyaAllah".
Perangai "pendakwah" orang Kelantan.
Ini sebahagian perangai rakyat Kelantan..."perangai pendakwah". Baru kenal sudah pandai berbudi walau pun sikit tapi berkesan. Inilah yang menyebabkan dakwah tersebar cepat di Kelantan....."jenis tak nyaye". Orang nak jadi atau jadi pendakwah tak boleh nyaye weh ! Lautan politik Malaysia, hulunya di Kelantan. Kuat di Kelantan kuatlah di Malaysia, berkocak diKelantan kocaklah di Malaysia ini. Perangai macam ini orang Kelantan cukup subur dan mendarah daging. Harapnya, kekalkan nilai dan perangai baik ini. Amba kata kepada Pak Pi, "mabruuuk". Bukan taksub Kelantan. "Tak caya mari dok Kelate !"
Abe Haji Soh diLabakan
Rezeki abang Haji Soh di Kedai Makan Merbau Condong insyaAllah bertambah sebab orang ramai sentiasa berulang alik ke Manik Urai. Orang Kota Bharu, Pengkalan Cepa, Bachok, Melor, Tumpat lalu siang malam untuk buat kerja memenangkan Pas di Manik Urai. "Syukur...al-HamduliLlah", kata abe Soh. Amba kata, "boleh gi Mekah lagi, ...Abe Haji" "InsyaAllah"
jawab abang Haji Soh. Singgah dan datang lagi di Kedai Makan Merbau Condong.
Dimenang, diberkati, dilabakan Kelantan....Darul Barakah.
Pg: 11. Uabrem

No comments:

Post a Comment