Cabaran Melayu - Melayu Manik Urai
Penamaan calun sudah selesai. Dua ketumbukan UMNO dan PAS. Melayu sama Melayu bertembung untuk mencipta nama di Manik Urai. Ada Melayu berfahaman nasionalisma dan Melayu berdasar Islam. Manik Urai akan memburaikan "perut pedal" salah satu parti Melayu itu. Kalau UMNO kalah maka UMNO akan tambah terburai. Kalau PAS kalah maka pimpinan PAS akan terburai. Cabaran Melayu PAS menanti di Manik Urai.
.
.
Terburai....'main hati'.
Pergerakan kedua belah pihak di Manik Urai sama-sama ada masalah dalaman. Tumpauan blog 'We Love Kelantan' sekarang nak hurai tentang PAS. Sudah nyata, "terburai" bahawa ada masalah dalaman yang belum selesai walaupun telah diumumkan bahawa isu tersebut "telah selesai" Pihak yang terlibat masih "membawa hati". Buktinya, ketika Datuk Mursyidul Am PAS menjawab soalan wartawan, dimana Timbalan Presiden PAS yang tidak hadhir dihari penamaan calun, jawab Tuan Guru, "Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".
.
.
Kebenaran membahasakan hati kita.
Ulasan dari jawapan tersebut: "Saya tak tahu"...memanglah, kalau tak tahu takkan nak kata tahu, jawapan tersebut satu kebenaran. Jawapan yang seterusnya, "...tanya dialah.....", menggambarkan seolah-olah tiada hubungan langsung, tiada maklumat tentang orang bawahannya. Gembiralah setengah mereka yang kalau boleh nak 'mengenyahkan' dia. Nampak sombong walau pun boleh sangka baik memang TGNA "tak tahu". Lagi, "...itu dia punya pasal...", suatu jawapan yang sinis dari seorang yang diharapkan boleh melunakkan keadaan, membingungkan musuh yang bertanya. Memang, kebenaran membahasakan kita. Itulah yang sepatutnya, bukan mainan hati dan perasaan.
.
.
Jawapan profesional...suatu kebenaran.
Sedangkan Datuk Presiden bila diajukan soalan yang sama menjawab dengan profesional, TGHH tanya balik wartawan, "tanya balik dimana Perdana Menteri ?". "dia ada kerja lain". Selesai. Orang yang bernama Nohd Najib, Anwar, Wan Azizah, Lim Kit Siang ada kerja lain sehingga tak dapat datang diketika penamaan calun tersebut. Nampaknya perkara yang telah selesai, ditambah selesaikan oleh jawapan Datuk Presiden. Itulah kebenaran dan menggambarkan ada wawasan penyatuan dan perpaduan dikalangan kita, Patutlah, dia boleh berlapang dada walaupun ideanua ditolak. TGHH berjiwa besar.
.
.
Melayu Benar dan Melayu Salah
Yang tentunya UMNO, kerana ia sebenar-benar dari bangsa Melayu yang mendasari bangsa Melayunya dalam perjuangan sejak 1946. Tak ubah-ubah dijadikan perjuangannya. Manakala PAS pula dari golongan Melayu juga, tetapi ia berdasarkan Islam, sejak 1951. Bangsa Melayu yang meninggalkan dasar bangsanya lalu mengambil dasar yang tinggi, "tidak ada yang lebih tinggi darinya", yakni Islam. Tetap ia berada dalam Melayunya walau pun meninggalkan perjuangan bangsa dan tidak menjadikan bangsa sebagai dasarnya. UMNO hanya cakap saja Melayu tetapi banyak amalan dan perlaksanaan dasarnya dari bangsa Inggeris. Ini yang merosakkan Melayu UMNO. Inilah yang merosakkan agama pada bangsa Melayu tersebut. Berbangga dapat ikut "mat saleh", tapi rendah diri jika ikut Islam. Karut Melayu UMNO.
.
.
PAS - UMNO, siapa bertamadun ?
UMNO berala Inggeris. Isteri Perdana Menteri berala Inggeris. Bangsa Inggeris tak bertudung kerana agama kafir, tetapi isteri Perdana Menteri yang Islam tak bertudung kerana dari dasar mana ?. Kalau tidak Inggeris mungkin terpengaruh dengan Hindu kerana Hindu yang mula bertapak di Tanah Melayu. Kerana Bangsa Melayu tidak ada tamaddunnya sendiri maka datang Hindu lalu ikut Hindu, datang Inggeris lalu ikut Inggeris. Islam hanya dalam setengah-setengah hal ibadat. datang PAS menghuraikan Islam untuk UMNO dan orang PAS sendiri. Orang Manik Urai kena pilih PAS kerana PAS bawa pembangunan insan. UMNO bawa pembangunan lisan. Dulu di Pengkalan Pasir berlisan macam ini juga !
.
.
Cabaran 'perpaduan' Manik Urai
Timbalan Presiden PAS kena datang ke Manik Urai. Kena jumpa dengan orang PAS. Orang PAS boleh kata, "Timbalan Presiden tak datang, ada masalahlah tuuuuu". Masalah tentu ada, samada "masalah dalaman", atau masalah "ada kerja", seperti yang dijawab oleh Datuk Presiden. Apa dia "masalah dalaman ?" Bukankah masalah telah selesai ?. Hanya TGNA dan seorang lagi, atau dua orang lagi, atau tiga, empat, lima orang lagi yang tak selesai. Orang PAS kena matang !. Ahli PAS matang melihat situasi ini. Jangan ada dalam sejarah PAS, perbezaan pendapat sehingga mewujudkan kecelaruan dalam susunan kerja dan kematangan PAS tercabar.
.
.
Kematangan 'perpaduan' ahli PAS
Timbalan Presiden kena datang Manik Urai. Orang atas yang bermasalah, kalau mereka nak putar ahli-ahli PAS, jangan bagi peluang. Ahli PAS kena ajar orang atas yang berputar-putar. Nak berputar dengan pangkat dan harta. Salah guna pangkat yang orang PAS beri. Mereka dapat jadi wakil rakyat bukan kerana "bisa" diri mereka tapi kerana "bisa PAS". Mereka tumpang bisa dan hebat PAS.
.
.
Perpaduan dikalangan PAS "wajib" hukumnya.
Mereka tidak hebat. Siapa di Kelantan yang boleh mengimbangi kekuatan peribadi TGNA. Hanya pandai cakap baca al-Quran, Tok Guru kata, "rokok haram", ramai lagi pimpinan PAS yang sombong, angkuh, agas, tolol, bengong, tak reti ajar....menipu rakyat masih merokok. Ahli PAS kena ajar dan tegur pimpinan PAS. Tak mungkin PAS masuk UMNO dan BN, jangan rungsing. Tok Guru kata "Islam panduan kita", tapi ada pimpinan PAS yang "pandai menyelam panduan kita". Orang pandai menyelam kena jaga, rakyat sedang memerhati mereka ! Ada masa untuk berubah. Kita berpadu di Manik Urai biar terburai UMNO.
.
.
Cabaran....susah menghurai kebenaran !
Tgh: 12:59. Heretek.
No comments:
Post a Comment