Wednesday, June 24, 2009

Ada peluang lagi !

Ketenangan
Kelantan pagi ini sejuk redup, tanah masih basah kerana hujan sejak jam 12 tengah malam tadi. Teringat lalilatul qadar....lebih kurang.
Senang kecek
Hari ini Utusan Malaysia bertajuk, "Kecewa kerajaan perpaduan ditolak". Abe Him Pasir Mas ada kata, (disalin dari UM) "Kita teruja gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara orang Melayu dan umat Islam. Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang Melayu seolah-olah terus dipermainkan demi kepentingan politik pembangkang semata-mata."
Ore PAS sabarlah dulu
Amba nak kata gini, ....ambil ayat abe Him juga, "Kita teruja gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara abe Him dan orang PAS. Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang PAS seolah-olah terus dimainkan demi kepentingan politik peribadi abe Him semata-mata"
Sera guano ?
Apa komen abe Him kalau amba siar disini bahasa dan loghat ore tua buat perumpamaan dikedai kopi lani, satu: "baso cerdik tak lih tupe bodo tak leh ajar", dua: "dok depe pun tak lih dok belake pun tak lih", "dok depan cenih ore, dok belake tende ore" "cerdik sore" "tak masuk sare denge ore", "jenis tak segar"
Sedikit peringatan
Kalau nak kira kecewa, Datuk Presiden PAS paling kecewa kerana lontaran ideanya ditolak. Ingat ! Nabi ada ajar, kalau pandangan kita diterima kita kena istighfar dan kalau pandangan kita diterima kena puji Allah.
Pandangan politik
Ada orang kecewa dan ramai nak tuding kepada PAS. Dah tahu PAS lemah buat kira dengan yang kuatlah. Minta UMNO taja pula kerajaan perpaduan. Pakat moleh sesama UMNO dan PAS serta sebahagian PKR. Jangan lupa juga hak boleh mengucap di Sabah dan Sarawak. Biar UMNO pula jadi juara. Boleh jadi PAS sokong kalau kerajaan perpaduan dengan makna dan kefahaman serta dasar sama seperti yang disebut oleh Datuk Presiden PAS. Boleh jadi MCA, MIC, PPP, Gerakan dan lain-lain setuju kot ! Cubalah...dan jangan lupa abe Him tu !

Kelate tulin....diberkati.
Pg: 9. Gnujnat

No comments:

Post a Comment