Tema "We Love Kelantan" tepat sekali bagi seorang anak Kelantan dipentas suatu Wacana Perdana bertajuk "Pilihan Raya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi" di Kelantan Trade Centre malam 12 Januari lalu, "Saya pun anak Kelantan, jadi minta menteri tolonglah bagi. Ini kerana Terengganu dapat, mengapa Kelantan tidak ?"
Tan Sri Rashid, bekas Suruhanjaya Pilihan Raya [ SPR ] mengatakan demikian depan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Muhamad Nazri Aziz. Kata-kata yang haram diucapkan beberapa tahun lalu ketika beliau bersama SPR. Begitulah sayangnya kepada Kelantan.
Bukan soal sayang tapi soal keikhlasan, kefahaman dan tanggungjawab seorang seorang mukmin. Saya yakin ketika beliau menjadi Pengerusi SPR dulu pun beliau pun menyayangi Kelantan tumpah darahnya.
Pengertian kasih sayang yang disembunyikan inilah yang mengalahkan UBN di Kelantan. UBN menabur wang dengan bodohnya di Kelantan untuk menawan hati rakyat Kelantan tapi sia-sia saja. RM diambil tapi pangkah atau undi UBN belum tentu. Inilah kewajaan rakyat Kelantan.
Tan Sri Rashid telah menyelesaikan kerjanya. Hatinya yang sayang Kelantan telah di terjemahkan dengan ucapan demikian. Senang rasa hati Dato' Husam Musa dan sejuk hati rakyat Kelantan yang dulunya amat marah dan kecewa dengan Tan Sri Rashid.
Kononnya banyak perkara yang telah diusahakan oleh Tan Sri Rashid tapi tidak mendapat perhatian dari UBN. Itulah UBN yang bertindak dengan kepentingan UBN. Bukan dengan kepentingan rakyat yang diutamakan.
Allah SWT panjangkan umur Tan Sri Rashid dengan penuh keberkatan dan diharapkan suatu hari nanti Tan Sri Rashid berjuang menegakkan kebenaran bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Rakyat Kelantan akan mengekalkan pemerintahan PAS - PAKATAN RAKYAT di Kelantan.
No comments:
Post a Comment